Anak soleh atau tanggang moden ?

Terpanggil untuk saya coretkan entri kali ini berkenaan dua sosok tubuh yang telah menjaga kita seperti menatang minyak yang penuh, bermula sejak kita dilahirkan dari rahim empunya ibu dan benih miliknya ayah. Lihatlah zaman sekarang banyak paparan di kaca televisyen melalui filem ataupun drama tentang kisah kekeluargaan lagi-lagi pasal ibu bapa yang ditinggalkan di rumah orang tua, anak yang tak mengenang budi dan tidak menghormati ibu bapa, perebutan harta antara adik-beradik dan banyak lagi. Realitinya apa yang kita lihat dalam drama itu memang berlaku di kalangan masyarakat kita. Tidak boleh dinafikan. 

love parents grow old quotes.jpg

Dan baru ini sempat saya menonton satu rancangan yang membawa tajuk tentang si tanggang moden. Apa yang dibincangkan itu sangat menarik hati saya untuk mendengar sampai habis.

Seorang kaunselor telah menjadi panel untuk mengupas isu tersebut , beliau menerangkan di mana hampir setiap hari beliau menerima kes ibu bapa yang diabaikan oleh anak-anak dan mereka merujuk dengan kaunselor tersebut untuk mengatasi hal sedemikian. Antara kesnya adalah ada ibu kepada 6 orang anak mengadu anak-anaknya langsung tidak melawat walaupun seorang terutamanya semasa perayaan Hari Raya, ada kes ibu yang ditinggalkan seorang diri di hotel kerana terasa beban untuk menjaganya, ada yang langsung tak bertanya khabar dalam erti kata lain memutuskan hubungan dengan ibu bapanya. Terasa sebak di dada jika saya yang menjadi ibu bapa tersebut. Moga-moga dijauhkan daripada perangai sebegitu. 

Buat ibu bapa atau bakal menjadi ibu bapa seperti saya,

Kaunselor tersebut meneruskan lagi perbincangannya. Kadang kadang ada ibu bapa bertanya kepada beliau kenapa anak-anak mereka berperilaku sebegitu rupa, sedangkan semasa kecil mereka sudah menjaganya sebaik mungkin. Dalam hal ini,  ramai yang menyalahkan anak seratus peratus, sedangkan ibu bapa diri tidak pernah bermuhasabah apa yang telah dilakukan sebelum ini. Maka persoalan ini boleh dijawab dengan pelbagai faktor. Salah satunya mungkin ini adalah kiffarah buat ibu bapa kepada perbuatan dosa yang lalu, mungkin juga cara didikan ibu bapa itu sendiri yang terlampau kasar ketika mereka masih kecil, dan dari situ anak merasa ingin berjauhan dengan ibu bapa dan akhirnya bila mereka besar, terus membuat keputusan untuk menjauh sehingga tidak mempedulikan ibu bapanya. Sebab itu dikatakan masa silam anak-anak ini sangat mempengaruhi mereka ketika usia semakin dewasa sampai anak-anak tidak mahu berhubung dengan kedua orang tuanya lagi. Bersegeralah refleks diri, bertaubat dan berdoa agar dimudahkan urusan menjaga amanah Allah iaitu anak-anak.

Hal demikian, mak saya selalu pesan bila dah jadi ibu bapa nanti kena rendahkan ego sendiri dengan biasakan minta maaf dengan anak-anak, dari situ sebenarnya boleh redupkan emosi anak yang tidak stabil. 

Dan kaunselor menyatakan sentuhan ibu bapa itu sangat perlu buat anak-anak, agar mereka merasa dekat dan anggap ibu bapalah pelindung yang terbaik buat mereka.

3 Fasa anak-anak yang perlu diberi perhatian ibu bapa iaitu fasa awal kanak-kanak, fasa kanak-kanak dan fasa remaja. Bentuklah anak dengan sebaiknya agar menjadi anak yang soleh dan solehah, Ikut bagaimana Rasulullah mendidik anak-anaknya

infografik-4-tahap-1

Perkongsian kaunselor tersebut sangat berguna. Terima kasih tuan. 

Bagi anak-anak pula, sayangi ibu bapa anda sebaiknya. Jangan abaikan mereka, walau buruk mana pun perangainya masa muda, itulah satu-satunya aset kita di dunia ini. Turunkan ego, jangan disebabkan masa lampau, kita acuh tak acuh menjaganya.

Ya, cabaran sebenar seorang anak adalah apabila menghadapi ibu dan ayah yang sudah lanjut usia dan tidak berdaya, bukan semasa mereka masih gagah perkasa. Masa itu, ibu bapa yang sudah tua mengalami emosi yang tidak stabil dimana sangat sensitif seperti bayi. Dan ketika ini lah, Allah pesan :

Dan Rabb-mu telah memerintahkan agar kamu jangan beribadah melainkan hanya kepada-Nya dan hendaklah berbuat baik kepada ibu-bapak. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah engkau mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah engkau membentak keduanya, dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang baik. Dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah, ‘Ya Rabb-ku, sayangilah keduanya sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku pada waktu kecil.

(Al-Israa’ : 23-24).

Renungilah ayat di atas, 

Memang menjaga orang tua itu sukar apatah lagi ibu bapa kita sendiri, saya nak berkongsi satu cerita sebagai iktibar bersama, pernah melalui pengalaman menjaga orang yang sangat tua sekitar umur 100 tahun dalam 4 bulan. Setiap hari ada jadual untuk mengurusnya, perlu sediakan makanan, memastikan lantai bersih dan bebas daripada titisan-titisan air kencingnya, perlu mandikannya, ingatkan sembahyangnya,  di sampingnya sepanjang masa ( part ni memang ujian betul, kena pandai handle  ) kerana lumrah orang tua takut bersendirian di rumah. Walaupun jujur saya katakan, agak tidak bebas bukan seperti orang lain, namun sebenarnya saya dapat belajar mengendalikan orang tua dan sebagai peringatan yang saya juga akan melalui saat tua ini satu hari nanti.
Sejak itu, baru saya faham perasaan anak yang menjaga ibu bapanya yang tidak terdaya ( kena mandikan, masakkan, tidurkan). Belum tahu lagi apa penerimaan pasangan dan anak-anaknya, jikalau dapat yang mudah menerima, syukurlah. Tapi jika sebaliknya, di situ lah ujian nya yang perlu dihadapi. 

Melayan karenah ibu bapa itu satu perkara juga, perlu kita bersabar, kerana hati mereka senang terguris jika ada yang kena walaupun hal sekecil semut. Maka janganlah pula kita mengeluh bila menjaga orang tua, biar SABAR menjadi peneman dan berDOAlah agar ibu bapa kita sihat sejahtera dan dimudahkan urusannya, serta bertawakkal yang kita sudah buat sebaik mungkin. Ingat sahaja, yang kedua orang tua kita sudah menjaga dan mendidik kita sehingga menjadi orang yang berguna, inilah masanya kita menggunakan kudrat kita yang ada untuk membalas jasa walaupun kita akur ia tidak sebanyak mereka menjaga kita. 

Dalam hal lain, Ibu saya ada berkongsi bila berkomunikasi dengan orang yang lanjut usia ni kita mesti guna kaedah psikologi ;

Biarkan ibu bapa atau orang tua itu nombor 1, kita yang muda ni no 2. Kalau tidak, alamatnya gaduh sampai tak sudah. 

That’s how to interact with them.

Senangkanlah ibu bapa sehingga akhir hayat mereka, apa yang diperlukan ibu bapa ketika usia tuanya adalah belaian dan kasih sayang seorang anak, bukan duit bulanan, rumah ataupun kereta mewah yang kita sediakan untuk mereka. 

Jadikah kisah Al-Qamah yang hidup di zaman Rasulullah s.aw sebagai pengajaran buat kita. Dimana beliau seorang yang rajin ibadah tapi satu hal yang menyebabkan sukar mengucap syahadah ketika nazak iaitu, beliau sering melebihi isterinya berbanding ibunya sehingga tanpa sedar beliau telah menyakiti hati ibunya. Kemudian, ketika Rasululullah berjumpa ibu Al-Qamah pujuk agar memaafkan dan meredhainya, barulah beliau dapat mengucap kalimah syahadah dan pergi dengan tenang.

Akhir kata, janganlah derhaka kepada kedua orang tua. Tiada dosa yang lebih berat dan lebih cepat seksanya di dunia dan akhirat melebihi derhaka kepada kedua orang tua. Sedangkan berbakti kepada kedua orang tua adalah suatu kewajiban bagi setiap anak. Kerana itu, berbaktilah kepada mereka, baik semasa hidup mahupun sesudah mereka pergi walaupun terpaksa berhabis harta sekalipun. InshaAllah, Allah tak pernah memiskinkan anak yang menjaga orang tuanya. Janganlah derhaka atau memutuskan hubungan silaturahim dengan mereka hanya sebab demi mengejar karier, membahagiakan isteri atau suami. Tanpa kita sedari, ia mendekatkan lagi dengan azab Allah.

Moga-moga kita di kalangan anak-anak yang baik kepada ibu bapa yang hebat di atas muka bumi ini. Amin

Moga ada manfaatnya.

Sumber Rujukan :

  1. Rancangan Assalamualaikum, TV Al-Hijrah
  2. http://www.excelqhalif.com/2012/10/02/4-tahap-mendidik-anak-cara-rasulullah-s-a-w/
  3.  Al-Quran Karim

Sahabat

If I showed you my flaws

If I couldn’t be strong

Tell me honestly

Would you still love me the same.

————————

And what’s small turn to a friendship

And friendship turn to a bond

And that bond will never be broken

The love will never be get lost.

Cebisan Lirik Locked away and See you again sentiasa diambil untuk menjadi caption insta berkaitan gang, kawan,squad dan juga sahabat.

Tapi susah betul nak jumpa yang betul-betul dikatakan sahabat.

Kenapa? Sebab kita dilahirkan bukanlah sesempurna mana. Ada cacat celanya, kekadang ada buruknya, ada kesilapannya. Itu semua LUMRAH.

Ambillah ibrah dari hadis nabi berkaitan sahabat.

Perumpamaan teman yang baik dan teman yang buruk, adalah penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi akan memberimu minyak wangi atau kau akan membeli minyak wangi darinya  ataupun tidak, kamu masih terkena minyak wangi.

Manakala,  si tukang besi akan mengenakan percikan apinya mengenai pakainamu. Kalaupun tidak, engkau tetap akan dapat bau yang tidak enak.

[ sahih bukhari : 5534 dan Muslim : 2628 ]

Yang kita mampu adalah cuba untuk menjadi SAHABAT yang terbaik kepada orang sekeliling kita. Ibubapa, keluarga, kawan-kawan dan masyarakat. Tariklah tangan mereka dan juga diri kita untuk mencapai matlatmat hidup yang sebenar.

Maka, persoalannya.

Apakah prioriti kita sekarang?

2015-11-17 09.12.02 1.jpg
vscocam . Pantai Klebang . PowerShot Canon

 

 

 

Istikarah [ hanya cinta ?]

” Man, sejak akhi-akhir ni kau asyik nampak sedih je. Apsal bro? ada masalah menganggu diri ke? ” Aziz menyergah Man dari belakang. ” Mmm, aku ada problem wei dengan masalah nak pilih bakal isteri ” . Riak wajah Aziz bertukar hairan . ” Eh. belum ada ribut, taufan melanda. Hang dah ada pilihan hati untuk jadi isteri hang. Dasyat la hang” . Man terus termenung jauh memikirkan masalahnya tanpa menghirau kata-kata Aziz. Kemudiannya, Aziz cuba memujuk Man ” Baik hang ceghita kat aku masalah hang. Manatau aku boleh tolong, kita kan kawan” . Man membalas ” Actually, aku ada 2 pilihan hati . Satu ni dia kawan sekolah aku. Baik jugaklah orangnya, dia pandai menjaga kekemasan diri. Aku ni tak pandang rupa. Tapi aku rasa, dia mampu menjadi bakal suri rumah tangga aku yang akan menjadi ibu kepada anak-anak aku. Satu lagi ni, mak aku kenalkan dengan aku. Dia macam anak kepada kawan mak aku, aku dah tengok tengok tingkah laku dia. Dia pun ok gak, ada agama, baik. Tapi masalahnya sekarang, aku konpius nak pilih mana. Hang rasa camna, ziz?”

Basically, anda-anda di luar sana yang tengah baca short cerpen ni dah dapat agak dah, Aziz akan jawab apa. Semestinya ISTIKARAH kan.

Ya memang betul soal jodoh mesti kaitkan dengan istikarah sebab melibatkan seluruh kehidupan kita kelak selepas berumah tangga. Tapi sebenarnya, amalan ISTIKARAH ni bukan limit untuk jodoh je, tapi untuk semua perkara walaupun sekecil semut.

Sedangkan orang yang paling banyak Istikarah adalah Rasulullah S.A.W. Baginda mengamalkan istikarah dalam segala hal supaya diberi petunjuk oleh Allah. Pemilihan terbaik dalam sesuatu perkara semestinya akan mendapat rahmat Allah. Ada dua cara untuk beristikarah :

1] solat sunat istikarah ( mampu dan cara terbaik)

2] doa [ keputusan yang disegerakan]

Tapi, ingat ya kawan-kawan. Istikarah ni sesuai bila berlaku 2 pilihan yang sama level. Sebagai contoh, antara pilih kos dentist ataupun engineer, antara pilih gadis yang baik orangnya dan menutup aurat ( satu sekolah ) dengan gadis yang menutup aurat dan sopan ( pilihan mak), antara nak fly oversea ataupun just study kat msia je. Tidak ada istilah istikarah dalam kerja dakwah, sunnah nabi dan juga dalam perkara wajib. Sebab hal ini telah jelas, bahwa arahan Allah dan rasul perlu kita turuti.

Apa kepentingan istikarah ni? Garu-garu kepala*

nabi sebut ” dua perkara yang tak akan manusia kesali dalam hidup iaitu orang yang buat istikarah dan orang yg menanya pandangan”

[ hadith Imam Bukhari]

So, sekarang kita dah tahu istikarah ni banyak kebaikan jika dilaksanakan. Tapi, macamana nak tahu jawapan kepada istikarah tu?

  •  mimpi – tapi kebanyakkan jumhur ulama menyatakan mimpi merupakan medium syaitan mempengaruhi manusia.
  • gerak hati [ instinct ]

So, basically. Kalau nak tahu tu merupakan pilihan tepat buat kita, bila kita buat, kita rasa Allah permudahkan urusan kita…

11025684_1074569025903433_606940100106070021_o

Teraba-raba dalam pilihan

Entah mana yang berkenan

Istikarah jadi peneman

Aturan Allah menjadi kebergantungan.

sumber : talk ” istikarah ” @ uiapj

moga bermanfaat. tulisan semakin kemas sedikit 🙂