Perempuan Berkalung Sorban

Baru sahaja menonton filem berjudul Perempuan Berkalung Sorban. A good masterpiece by Hanung Bramantya ( Director).

Secara am, berkisah tentang seorang perempuan cerdik dan kritis yang bernama Anissa menuntut kebebasan dan memperjuangkan kesemerataan wanita dan juga lelaki. Lagi-lagi Anisa merupakan anak seorang kiai milik pesantren yang juga merupakan sekolah agamanya, hidup dalam budaya Jawa Timur yang mengongkong keterbatasan perempuan itu sendiri. Contohnya, wanita itu tidak boleh berpendapat hanya menjadi mak turut, tidak boleh terlampau bertanya, hanya duduk di dapur saja dan tidak boleh menjadi pemimpin. Sejak kecil, Annisa sering bertanyakan hal-hal berkaitan wanita, sampai satu saat dia merasakan pandangan orang-orang pesantren agak tidak adil terhadap peranan wanita. Mulai saat itu, beliau berusaha untuk menutut yang perempuan itu juga boleh jadi cerdik macam laki-laki.

Cerita yang diperlihatkan mengenai Annisa ini kadang-kadang boleh disalah tafsir, boleh membuatkan penonton berfikir ia meng’diskreditkan’ agama Islam, namun syukurlah di pertengahan cerita jelas menerangkan bahawa keterbatasan wanita itu bukan disebabkan agama, tetapi sebenarnya disebabkan budaya dan adat Jawa Timur Kuno itu sendiri. Bagi saya, watak Annia tebal dengan nilai feminism, bahawasanya beliau berjuang meraih kebebasan perempuan dari adat dan budaya tempatnya. Salute semangatnya! 

Bagi aku :

Yang harus diubah cara pandang mereka terhadap peranan wanita itu sendiri, biarlah selari dengan zaman sekarang tapi ingat harus berlandaskan syariat Islam yang sebenarnya.

Wanita juga harus dibenarkan menuntut ilmu pengetahuan, diberi kepercayaan menjadi pemimpin tapi tidak lupa tugasnya sebagai seorang yang bijak mengurus hal rumah tangga.

Secara jujur, filem ini agak bagus kerana mengetengahkan kritikan-kritikan sosial yang realitinya banyak berlaku di sekeliling kita. Seperti babak ayahnya yang sanggup menjodohkan anaknya dengan Samsuddin anak kiai pesantren berdekatakan namun berakhlak buruk demi nama baik dan kelansungan pesantren Al-Huda,  dan juga sekatan buku-buku yang anggap dilarang Pesantren.

Walaupun banyak pro dan kontra terhadap adegan dan cerita tersebut, sekurangnya-kurangnya kita dapat lihat dari 2 sisi yang berbeza bukan hanya mengambil sebahagian sahaja.

So recommended kepada semua untuk menonton tapi kalau yang bawah umur perlu bimbingan yang lebih arif, akhir sekali selepas baca dapatan dari internet, pengarah filem ni menyatakan bukan totally filem unsur agama but more to filem budaya. Selamat Menonton! 

Leave a comment