ReviewBuku: Genghis khan

Muka surat : 213

Penulis : Al-Ghazali

Rating : 8/10

Penceritaan sebegini amat mudah bagi saya sebagai pembaca untuk menghabiskan selama 2 hari. Oleh sebab itu, saya suka tulisan Al-Ghazali dan juga beberapa penulis PTS yang lain kerana mereka mengolah dalam bentuk cerita yang ringan. Mudah dihadam oleh smua pihak, termasuk saya ( yang kurang minat dalam sejarah, tapi kini ya). 
Kisah Genghis Khan ini dipilih dalam pembacaan kali ini kerana saya ingin tahu perkaitannya dengan Hulagu Khan. Rupanya, Hulagu merupakan cucu kepada Genghis Khan. Seperti sedia maklum, Hulagu Khan merupakan orang yang telah menghancurkan kerajaan abasiyyah. 

Secara ringkas , nama sebenar Genghis khan adalah Temujin. Perkataan ‘khan’ merupakan panggilan bagi puak-puak monggol untuk sang pemimpinnya. Beliau dikenali sebagai ‘penakluk dunia’. Ayahnya bernama Yesugei manakala ibunya Hoelun. 

Apa yang menarik berkaitan Genghis Khan ni? 

  • Beliau lah yang membuka laluan perdagangan dari timur ke barat yang dikenali sebagai laluan sutera. 
  • Merupakan seorang pemerintah yang berjiwa kental dan berani mengambil risiko terutamanya ketika beliau menakluk wilayah-wilayahnya. 
  • Beliau seorang yang bijak dalam strategi peperangan, taktiknya dikaji sampai sekarang. Contohnya, ketika ingin menakluk wilayah empayar maharaja Jin di Kota Beijing. 
  • Berjaya menakluk kota yang paling kebal iaitu Kota Beijing. 
  • Sepanjang hidupnya beliau mampu meluaskan wilayahnya sampai ke Eurasia ( Europe dan Asia)  seperti Turki, Baghdad, Cina dan banyak lagi (40 buah negara) 
  • Berjaya menyambung usaha, ayahnya menyatupadukan puak-puak monggol yang sebelum ini berpecah.
  • Yang paling penting, pernag berniaga dengan orang Islam

Apa yang menarik pula tentang bangsa monggol? 

  • Monggol terkenal denga puak yang hidup secara nomad. 
  • Haiwan ternakan merupakan sumber kekuatan mereka. 
  • Anak-anak kecil puak monggol dilahirkan untuk menjadi penunggang kuda yang handal. 
  • Mereka tinggal di pergunungan dan juga di padang stepe. 
  • Kesan hidup di padang stepe, perwatakan orang mongol ini kasar, suka berperang dan berani. 

    Secara keseluruhannya, saya berpuas hati dengan penceritaan penulis tentang Genghis Khan, walaupun kita tahu keturunannya banyak menjajah wilayah-wilayah terutamanya wilayah Islam, namun ambillah sedikit kebaikan dan kelebihan yang beliau ada sebagai pengajaran hidup kita terutamanya dari segi aspek ketenteraan. 

    Rujukan :

    1. Al-Ghazali (2016), Genghis Khan Penakluk Dunia, PTS Publishing House Sdn.Bhd, Malaysia

    2. https://en.m.wikipedia.org/wiki/Genghis_Khan 

    Advertisements

    One thought on “ReviewBuku: Genghis khan

    Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s